Apabila tiba musim piliha raya, maka calon yang bertanding akan memberikan tawaran kepada rakyat untuk memastikan mereka mendapat mandapat mandat yang dimahukan selama lima tahun ke depan. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua merangkap Menteri Besar Selangor sementara, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari juga tidak terkecuali apabila beliau menjanjikan satu perkara yang dianggap besar bagi bola sepak negeri itu.
Baca Juga:
- FAM Sahkan Penolong Jurulatih Selangor Telah Dipukul
- Selangor Buat Rayuan Rasmi Hukuman Penggantungan Faisal Halim
- Jawatankuasa Tatatertib FAM Sah Gantung Faisal Halim Sebulan
Baru-baru ini, Amirudin Shari memberikan tawaran buat para pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini yang mana pasukan Selangor bakal meraih kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia menjelang tahun 2025.
Selain itu, beliau turut memberi tawaran dimana pasukan Selangor akan menjulang salah satu kejuaraan peringkat kelab di Asia iaitu Piala AFC pada tahun 2027.
Ikuti semua tawaran ini di https://t.co/5J1srA0GWw#MediaSelangor 🔴🔵 pic.twitter.com/tEn7jVkDTB
— Media Selangor (@Media_Selangor) August 2, 2023
Pada masa yang sama, Amiruddin juga menjanjikan kontinjen negeri Selangor muncul juara keseluruhan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) menjelang 2025.
Beliau bercakap mengenai perkara tersebut ketika melancarkan “Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor”, sebuah manifesto daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) buat para pengundi di negeri Selangor.
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di bawah kerangka Perpaduan Selangor dengan ini menawarkan Tawaran Kita Selangor : 5 Tekad Untuk 5 Tahun Selangor demi meneruskan kejayaan, kemakmuran dan kecemerlangan Selangor.
Layari https://t.co/WsKVfRrwWs untuk melihat 5 tekad Perpaduan… pic.twitter.com/HGC1Rvz4hS
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) August 1, 2023
“Selangor berazam dan bertekad untuk lima tahun yang akan datang untuk mengembalikan Selangor sebagai jaguh sukan dan pusat pembangunan sukan di dalam negara kita,”
“Justeru, kita akan memperkasakan Akademi Merah Kuning dimana akademi ini akan melatih lebih 1,000 bakat-bakat baharu untuk bola sepak negeri Selangor dan sekaligus kita berazam untuk menjadi dan mencapai sasaran kita dengan kejuaraan tiga serangkai dalam tempoh lima tahun pentadbiran ini,
“Menjadi pasukan yang memenangi Piala Malaysia, menjadi juara keseluruhan SUKMA, menjadi juara Liga Super menjelang tahun 2025 dan juga menjadi juara dan sampai ke final Piala AFC pada tahun 2027,” katanya.