Amerika Syarikat dilaporkan akan menjadi penganjur atau tuan rumah Copa America 2024 dengan status negara jemputan.

Baca Juga:

Ianya juga akan menjadi salah satu proses untuk Amerika Syarikat dalam memanaskan badan mereka untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Kanada dan Mexico.

Laporan oleh Fox Sports MX menyatakan bahawa, Amerika Syarikat kini menjadi calon utama untuk menjadi negara penganjur Copa America 2024.

Ini kerana Ecuador pada mulanya dijadualkan menjadi tuan rumah telah membuat keputusan menarik diri.

Berlaku konflik dalaman di Ecuador melibatkan kerajaan dan juga FA Ecuador. Yang akhirnya mereka memutuskan untuk tidak mahu menganjurkan pertandingan itu.

Awal minggu ini, beberapa laporan mencadangkan bahawa Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada semuanya sedang berbincang untuk bermain di dalam Copa América sebagai pasukan jemputan.

Lebih menarik apabila Amerika Syarikat kini bakal bergelar tuan rumah pertandingan Copa America, merangkap negara jemputan.

Copa America merupakan pertandingan bola sepak untuk Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan ataupu CONMEBOL.

Dengan krisis ekonomi yang melanda selepas pandemik, banyak negara di Amerika Selatan berdepan krisis kewangan dan tidak dapat komited untuk menjadi penganjur.

Amerika Syarikat antara negara yang mungkin akan diberikan hak penganjuran kerana kuasa ekonomi mereka.

Ini bukanlah pertama kali Amerika Syarikat diberikan penghormatan untuk menjadi penganjur Copa America. Walaupun kedengaran pelik untuk sebuah negara jemputan menjadi tuan rumah, sebenarnya pada 2016, mereka sudah pernah mencipta sejarah selaku negara jemputan pertama menjadi tuan rumah.

Itulah juga pertama kalinya pertandingan Copa America dianjurkan di luar Amerika Selatan.

Seterusnya, dari kalangan tiga negara Amerika Utara, Mexico telah bermain dalam kejohanan itu paling banyak kali (10), menduduki tempat kedua pada 1993 dan 2001.

Amerika Syarikat telah mengambil bahagian empat kali, menduduki tempat keempat pada 1995 dan di tempat sendiri pada 2016. Penampilan pertama Kanada dalam kejohanan itu ialah pada 2024.

Selepas keluar dari Piala Dunia 2022 pada Pusingan 16, Amerika Syarikat boleh menggunakan penyertaannya dalam Copa América untuk menyesuaikan diri sebagai penganjur kejohanan lebih besar pada 2026 iaitu Piala Dunia.

Seterusnya, Amerika Syarikat boleh bersaing dengan pasukan pasukan berkualiti dari Amerika Selatan.