Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Alexandré Pölking meletakkan sasaran terhadap pasukannya iaitu muncul juara untuk saingan King’s Cup 2022 yang akan berlangsung di laman sendiri iaitu Chiangmai pada 22 hingga 25 September ini.
Baca Juga:
- King’s Cup 2022: Thailand Umum Barisan Terkuat Jumpa Harimau Malaya
- Kim Pan-gon Lantik Safawi Rasid Sebagai Salah Seorang Kapten Skuad Kebangsaan
- King’s Cup 2022: Malaysia Diundi Bertemu Thailand
Polking menyenaraikan pemain terbaik dalam skuad kali ini yang menyaksikan campuran pemain muda dan pemain berpengalaman sekaligus memberi keyakinan kepadanya untuk membawa Thailand muncul juara.
“Perkara pertama yang akan dilakukan ialah memeriksa keadaan pemain kerana ada dikalangan yang mereka beraksi dalam saingan liga pada hujung minggu lalu. Apabila semua sudah bersedia, kami akan berbincang mengenai perlawanan menentang Malaysia. Mengenai ketua pasukan, saya belum memutuskan siapa yang akan diberi tanggungjawab kerana masih dalam proses penilaian.
“Saya harap kami dapat tampil lebih baik daripada edisi lalu. Saya menyasarkan kami muncul juara kerana kombinasi pemain muda dan senior sekaligus menjadikan pasukan kami kuat. Saya harap dapat mencapai sasaran itu dalam saingan edisi kali ini,” katanya.
Alexandré Pölking kali ini menyenaraikan barisan terkuat termasuk 2 pemain yang beraksi dengan kelab Jepun iaitu Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale) dan Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole Sapporo).
Turut tersenarai ialah penyerang berpengalaman, Teerasil Dangda, Supachai Jaided, Suphanat Mueanta serta beberapa bintang tengah Thailand seperti Sumanya Purisai, Thitiphan Puangchan dan Bordin Phala.
Thailand's 23-man King's Cup Squad is Here:
Theerathon, Narubadin, Pansa, Supachai, Suphanat, Sarach, Pathompon, Phitiwat, Kittipong, Kritsada, Channarong, Chatmongkol, Bordin, Teerasil, Suphanan, Kampol, Jakkhapan, Weerathep, Picha, Thitiphan, Chalermsak, Supachok, Chanathip. pic.twitter.com/l2Yu76AyNo
— Thai League Central (@TL_Central) September 15, 2022
Mereka turut diperkuatkan oleh barisan pertahanan kental yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Thailand seperti Theerathon Bunmathan, Narubadin Weerawatnodom, Kritsada Kaman, dan Pansa Hemviboon.
Malah, tiada pemain naturalisasi atau pemain kacukan yang tersenarai dalam pasukan tersebut seperti Tristan Do, Philip Roller, Manuel Bihr serta Elias Dolah. Dua tonggak penjaga gol iaitu Kawin Thamsatchanan dan Chatchai Bootprom turut tidak dipanggil kali ini.
Tuan rumah diundi bertemu skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon manakala Trinidad & Tobago bakal berentap dengan Tajikistan. Kedua-dua perlawanan ini berlangsung pada 22 September di Stadium Chiang Mai.
Mengikut jadual, Harimau Malaya akan menentang tuan rumah pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Pemenang perlawanan ini akan bertemu Trinidad & Tobago atau Tajikistan di perlawanan akhir yang berlangsung pada 25 September.
Manakala pasukan yang tewas, akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Semua keputusan perlawanan ini memberi pulangan mata ranking FIFA kerana diiktiraf sebagai Persahabatan Antarabangsa Tier 1.