Ronaldo masih cuba untuk mencetak gol atau assist di Arab Saudi bersama dengan Al Nassr.

Baca Juga:

Ronaldo mengetuai pasukannya dalam aksi separuh akhir Piala Super Saudi, dengan harapan untuk membawa pasukan tersebut mara ke final.

Al Nassr tampil sangat dominan sepanjang perlawanan. Melakukan lebih banyak percubaan ke arah gawang lawan.

Namun musuh tradisi mereka, Al Ittihad ternyata lebih klinikal dan tajam di hadapan gol.

Pada minit ke-15, Al Ittihad di hadapan menerusi Romarinho yang bijak menghidu peluang di hadapan gol.

Tersentak dengan gol itu, Al Nassr melakukan beberapa siri ancaman yang berterusan ke kubu Al Ittihad.

Ronaldo mendapat 2 atau 3 peluang keemasan dalam perlawanan ini. Namun gagal menyempurnakannya.

Ini antara peluang terbaik Ronaldo yang digagalkan penjaga gol lawan.

Pemenang Ballon d’Or berusia 37 tahun itu malah dikawal rapi oleh pertahanan lawan.

2 minit sebelum rehat, Al Ittihad meraikan satu lagi gol mereka menerusi Abderrazak Hamdallah.

Bersambung babak kedua, Al Nassr memperlihatkan bahawa mereka bakal mencipta kebangkitan.

Talisca merapatkan jurang gol pada minit ke-67.

Al Nassr berterusan menggempur kubu Al Ittihad, namun skrip yang sama, tiada gol.

Akhirnya pada masa kecederaan, Muhammad Al Shaqeeti mematikan sisa perjuangan Al Nassr dengan gol ketiga untuk Al Ittihad pada minit ke-90+4.

Tamat perlawanan Al Ittihad 3 Al Nassr 1.

Ianya penyingkiran yang pedih diterima peminat Al Nassr, begitu juga dengan Cristiano Ronaldo.

Selepas dua perlawanan pertamanya, Ronaldo terus gagal mencetak gol atau mencipta assist.