Pelbagai persoalan telah dibangkitkan mengenai kelayakan Chelsea untuk membelanjakan sejumlah besar wang tunai untuk sasaran perpindahan mereka dan mengelak peraturan FFP.
Baca Juga:
- Chelsea vs Crystal Palace: Havertz Wira Kemenangan Pertama The Blues Tahun Ini
- Fulham vs Chelsea: The Blues Kalah Lagi, Joao Felix Kad Merah
- Anak Bekas Penjaga Gol Chelsea Ini Sertai Kuching City
The Blues sering dikecam kerana membayar lebihan wang untuk pemain yang dianggap bernilai sederhana.
Kelab itu baru-baru ini membelanjakan sekitar €100 juta untuk mendapatkan pemain sensasi Ukraine, Mykhailo Mudryk.
Where are Chelsea getting all this cash from?
Isn’t FFP working anymore? pic.twitter.com/8moLwAuZaz
— Pa_MUFC (@PaSheikhnaS) December 30, 2022
Chelsea terdesak untuk mengatasi Arsenal dan menawarkan gaji yang lebih baik, dengan pemain sayap Shakhtar Donetsk itu dipercayai lebih suka berpindah ke Arsenal.
Untuk pemain yang dianggap bermain di luar kelompok 5 liga utama Eropah, angka itu dianggap sangat besar.
Pemilik baru Chelsea, pemilikan The Todd Boehly telah menggunakan hampir €450 juta untuk pembelian pemain sejak mengambil pemilikan daripada Roman Abramovich pada musim panas lalu.
Kebanyakan pemain yang ditandatangani adalah pemain muda, kerana kelab itu ingin membina semula pasukan mereka.
Terdapat juga beberapa pemain pemain senior yang dibawa masuk termasuk Joao Felix secara pinjaman jangka pendek. Felix juga merupakan salah satu sasaran Arsenal.
Chelsea masih menyediakan perpindahan untuk pemain RB Leipzig, Christopher Nkunku yang sah menjadi milik mereka dan akan menyertai mereka musim hadapan.
Kini Chelsea dikaitkan dengan 2 pemain Brighton, Leandro Trossard dan Moises Caicedo serta penyerang Juventus, Dusan Vlahovic.
Bagaimana pula Chelsea boleh dibenarkan berbelanja sebegitu besar dan adakah mereka tidak dikawal oleh peraturan ketat Financial Fair Play?
Berikut adalah beberapa cara diguanakan Chelsea untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan melanggar FFP.
Pertamanya adalah skim ansuran jangka panjang. Antara sebab jenapa Perjanjian Mudryk dipercayai selama dalam lapan tahun, adalah kerana Chelsea mahu membayar ansuran lebih sedikit daripada €10 juta euro setiap tahun melalui proses yang dikenali sebagai pelunasan, menurut SkySports.
Walaupun pada prinsipnya Chelsea dilaporkan membayar €75 juta sebagai bayaran tetap, ianya tidak semestinya dibayar secara sekali bayaran. Ianya melalui proses ansuran jangka panjang.
Ini membantu kelab hanya merekodkan pelaburan keluar sebanyak €10 juta setiap tahun, dan bukannya cuba mengimbangi keseluruhan jumlah itu sekali gus, yang akan menjadi sukar.
Kelemahan utama dengan tempoh kontrak ini ialah apabila pemain gagal memenuhi piawaian yang diharapkan, kelab bergelut untuk menjual pemain tersebut dengan nilai yang mereka harapkan untuk pulang modal.
Sebelum kehadiran Graham Potter, Kepa Arrizabalaga telah bergelut dan kedua-dua pihak sedang mencari jalan keluar. Tetapi penjaga gol Sepanyol itu telah diberikan kontrak tujuh tahun dengan gaji mingguan sebanyak 190,000 euro, dan tiada kelab yang sanggup menyamai gaji itu untuk ‘flop’.
Klausa pelepasan Enzo Fernandez Ini juga sebab mengapa kelab itu menarik diri daripada perjanjian untuk menandatangani sensasi Piala Dunia 2022, Enzo Fernandez dari Benfica.
Benfica mahu Chelsea membayar klausa pelepasan Fernandez sebanyak 120 juta euro dalam 1 proses bayaran. Ini kerana untuk klausa pelepasan, kelab mesti membayar jumlah tersebut terlebih dahulu dan ini jarang kelab menerima ansuran untuk klausa pelepasan.
Seterusnya, Chelsea mendapat manfaat daripada aktiviti penjualan pemain yang aktif dalam beberapa musim ini untuk mengelak salah laku FFP. Mereka menjual pemain seperti Tammy Abraham dan Fikayo Tomori dan ramai lagi.
Chelsea melaporkan bahawa jualan kelab itu dalam dekad yang lalu menghasilkan keuntungan €658 juta.
Memandangkan secara ringkasnya, FFP ialah wang masuk yang akan dibandingkan denganwang keluar.
Jadi, Chelsea mempunyai banyak ruang mengelak daripada terkena larangan FFO, memandangkan mereka bijak dalam jualan mereka seperti dalam pembelian mereka.
Laporan oleh portal Football London memberikan contoh lanjut tentang Manchester United, yang hanya boleh mengambil Wout Weghorst secara pinjaman kerana peraturan FFP.
Ini kerana Man United berdepan dengan masalah dari segi menjana keuntungan daripada penjualan pemain dalam beberapa tahun ini. Mereka pula sudah membeli beberapa pemain dengan nilai yang tinggi.
🗣 "You take that £80m cost, you divide that over 8 and a half years and it works out to be just over £10m a year and that appears to be the Chelsea strategy."@KieranMaguire explains how Chelsea are able to sign Mudryk and many others without breaching the FFP pic.twitter.com/hKzjBWDf0w
— Football Daily (@footballdaily) January 16, 2023
Namun itu tidak bermakna Chelsea akan benar benar selamat. Hal ini kerana mereka masih perlu melanjutkan kontrak beberapa pemain yang akan dikira sebagai bil gaji.
Tetapi The Blues dilaporkan sudah sedia untuk melepaskan atau menjual beberapa pemain seperti Jorginho, Hakim Ziyech dan Pierre-Emerick Aubameyang.