Pengurus The Reds, Jurgen Klopp meluahkan kekecewaannya dengan melabel Liverpool mempamerkan aksi terburuk sejak dia menjadi pengurus kelab tersebut.

Baca Juga:

Klopp berkata sedemikian selepas kekalahan memalukan 3-0 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pemain sayap Solly March menjaringkan dua gol dan mencipta gol ketiga untuk Brighton ketika mereka mendominasi permainan dari awal hingga akhir, dengan Liverpool hampir tidak dapat membentuk sebarang serangan yang baik.

“Saya sangat sangat kecewa, tahniah kepada Brighton atas perlawanan hebat menentang lawan yang teruk.”

“Kami tidak bagus hari ini, saya tidak ingat fasa atau tempoh yang baik yang kami ada dalam perlawanan ini,” kata Klopp yang agak marah dengan aksi terburuk Liverpool itu.

Klopp sendiri pergi menyusun sepuluh jari meminta maaf daripada penyokong pelawat yang bertandang ke Stadium Amex.

“Melakukan lebih baik daripada hari ini sepatutnya mudah, kerana ini adalah prestasi yang sangat teruk. Saya tidak ingat perlawanan yang lebih teruk daripada ini,” tambahnya.

Kempen Liverpool berada dalam prestasi buruk dan kecederaan kepada pemain utama, dengan kapten Virgil van Dijk akibat kecederaan hamstring.

Liverpool menurunkan Cody Gakpo yang baru-baru ini ditandatangani, untuk beraksi sebagai no.9, kerana ketiadaan Darwin Nunez.

Akibatnya, The Reds bergelut untuk mengekalkan penguasaan bola dan Brighton dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang mereka cipta.

“Pada ketika ini kami melakukan hantaran dari bawah ke atas. Dan kemudian kami kehilangan bola.”

“Jadi itulah sebabnya, ia hanya mencetuskan serangan balas dari pihak mereka dan ia sentiasa kelihatan mengerikan,” kata Klopp .

Liverpool berada di tangga kelapan dalam carta liga dengan 28 mata sahaja setakat ini.

Tujuh mata di belakang pasukan tangga keempat Newcastle United, yang kini menduduki tempat terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun Liverpool berada dalam prestasi yang tidak menentu, Fabrizio Romano mengesahkan bahwa kedudukan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool kekal terjamin.

Dan kelab itu sedia untuk bekerjasama dengan pengurus itu untuk memperbaiki prestasi mereka.