Menjelang perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia dan Vietnam, ketua jurulatih pasukan Thailand, Akira Nishino telah memanggil seramai 32 pemain termasuk empat muka baharu bagi memperkuatkan pasukan.

Empat pemain baharu yang dimaksudkan ialah Teeraphol Yoryoei dan Chayawat Srinawong (Samut Prakan) serta Apirak Worawong dan Sarawut Inpaen (Chiang Rai).

Apirak serta Sarawut baru sahaja membantu Chiang Rai muncul juara saingan Thai League 1 dimana mereka mengatasi juara bertahan, Buriram United dengan perbezaan jaringan setelah kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama.

Akira
PATHUM THANI, THAILAND – SEPTEMBER 05: Akira Nishino (2nd R), manager of Thailand, confronts with Vietnam staff during the FIFA World Cup Asian second qualifier match between Thailand and Vietnam at Thammasat Stadium on September 5, 2019 in Pathum Thani, Thailand. (Photo by Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images)

Pada masa yang sama, dalam senarai 32 pemain yang dipanggil oleh Nishino, bekas pengendali pasukan kebangsaan Jepun itu turut mengekalkan beberapa nama besar seperti Chanathip Songkrasin serta Thitipan Puangchan yang sebelum ini dikhabarkan mengalami kecederaan.

Selain itu, penyerang senior, Teerasil Dangda serta beberapa pemain muda seperti Supachok Sarachat dan Ekanit Panya turut dikekalkan.

Berikut adalah senarai lengkap pemain yang dipanggil oleh Akira Nishino:

Penjaga Gol: Siwarak Tedsungnoen, Kawin Thamsatchanan, Chatchai Bootprom, Apirak Worawong.

Pertahanan: Theerathon Bunmathan, Narubadin Weerawatnodom, Nitipong Selanon, Tristan Do, Manuel Bihr, Adisorn Promrak, Pansa Hemviboon, Elias Dolah, Korrakot Wiriyaudomsiri, Sarawut Inpaen.

Pemain Tengah: Bordin Phala, Peeradon Chamratsamee, Chanathip Songkrasin, Picha Autra, Sivakorn Tiatrakul, Thitiphan Puangchan, Supachok Sarachat, Tanaboon Kesarat, Phitiwat Sukjitthammakul, Sasalak Haiprakhon, Sarach Yooyen, Ekanit Panya, Teeraphol Yoryoei.

Penyerang: Teerasil Dangda, Supachai Jaided, Chananan Pombuppha, Suphanat Mueanta, Chayawat Srinawong.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

FC Tokyo Panggil Pemain Chiangrai United Untuk Sertai Sesi Percubaan Untuk Musim 2020

Evan Dimas Waspadai Vietnam Dan Thailand Di SEA Games 2019

Akira Nishino Gugurkan Pemain Kacukan Sweden-Thailand Kerana Menipu Mengenai Kecederaan