Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menetapkan tarikh bagi baki aksi perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana pasukan negara akan mengharungi tiga perlawanan pada bulan Jun ini.

Malaysia akan turun berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan sebelum berdepan skuad kendalian Park Hang-seo iaitu Vietnam lapan hari kemudian.

Aksi penutup perlawanan kelayakan pula menyaksikan skuad Harimau Malaya akan menghadapi tentangan dari Thailand pada 15 Jun depan.

AFC akan menentukan venue bagi setiap perlawanan berkenaan dalam masa terdekat.

Malaysia setakat ini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, kurang dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Stadium Sultan Ibrahim Rangkul Anugerah ‘StadiumOfTheYear’ Undian Awam, Tempat Ke-5 Bagi Undian Juri Pakar Arkitek

‘Yob’ Senyum Lebar Di Kuantan, Kecewakan Sri Pahang

JDT Catat Rekod Tontonan Melebihi 1 Juta, 3 Perlawanan MD2 Liga Super Raih Hampir 2.3 Juta ‘Views’