Dalam satu slot Simposium Bola Sepak Negeri Sembilan yang diadakan pada hari Sabtu lalu, PFAM ada mendedahkan bahawa ada beberapa realiti yang harus diketahui berkenaan karier sebagai pemain bola sepak profesional termasuk di Malaysia.
Izham Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif PFAM dalam slot terakhir simposium selama 1 hari itu mendedahkan 8 realiti kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak profesional serta menerangkan dengan jelas kepada peserta yang hadir.
Berikut adalah senarai 8 realiti kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional;
1.Gaji yang tidak stabil.
- Kurang dari 2% pemain bola sepak diseluruh dunia menerima pendapatan kurang dari USD720,000 setahun dan lebih 45% pemain menerima pendapatan kurang dari USD1,000 sebulan.
2. Majikan tidak menghormati kontrak.
- 41% pemain seluruh dunia menghadapi masalah tunggakan gaji dan perkara ini bukan berlaku di Malaysia sahaja.
3. Kerjaya yang singkat.
- Purata global bagi kontrak pemain adalah kurang dari 2 tahun dan kebanyakkannya adalah selama 1 tahun sahaja.
4.Perkembangan kerjaya yang terhad.
- 29% pemain dipindahkan ke pasukan lain tanpa mengikut kehendak mereka sendiri.
5. Keadaan tempat kerja yang tidak menepati standard.
- Mutu fasiliti latihan dan pertandingan yang masih rendah, sehinggakan masih ada pemain yang bertenggek diatas parit untuk memakai kasut serta bersiap untuk sesi latihan.
- Persekitaran sebegini adalah tidak menepati piawaian dan memungkinkan kualiti yang disasarkan sukar dicapai.
6. Pemain sentiasa dibuli.
- 9% pemain dibuli dengan kekerasan, 8% menghadapi diskriminasi dan 16% diganggu secara mental.
- Persekitaran dalam pasukan yang tidak sihat mampu menyumbang kepada kehancuran sesebuah pasukan.
7. Pemain muda sentiasa disalah guna dan tidak dibela.
- Sekitar 72% peratus pemain mudah tidak berjaya menyempurnakan pendidikan melebihi sekolah menengah.
8. Isu integriti
- Pemain terdedah kepada pengatur perlawanan.
- Secara purata, seorang pemain dihampiri paling kurang sekali oleh seorang pengatur perlawanan sepanjang kerjaya mereka adalah sekitar 11%.
Ini adalah antara topik yang dibentangkan oleh pihak PFAM dalam sesi tersebut untuk memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan situasi sebenar karier sebagai seorang pemain bola sepak.
Banyak lagi topik lain yang cukup menarik yang telah membuka mata semua pihak yang mungkin sebelum ini terlepas pandang dalam simposium bola sepak yang diadakan di Wisma Negeri, Seremban anjuran Negeri Sembilan United FC.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Nankatsu SC: Pasukan ‘Captain Tsubasa’ Dalam Dunia Sebenar Memang Wujud
‘Prince Takamado League’ Platform Elit Bola Sepak Remaja U18 Jepun