Seperti yang semua sedia maklum, pada 5 April 2019 yang lalu pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi membentuk rangka kerja, mengukuhkan kerjasama dalam bidang teknikal, pembangunan belia, dan aktiviti kejurulatihan.

3 Objektif Utama Memorandum Persefahaman FAM dan JFA

Dalam kerjasama ini, menurut satu infografik yang dikeluarkan oleh Bernama, terdapat 3 objektif utama yang ditekankan iaitu;

  1. Bekerjasama membangunkan hubungan erat kedua-dua persatuan untuk manfaat bersama, promosi, pertumbuhan & kejayaan arena bola sepak kedua-dua buah negara.
  2. Melantik kumpulan kerja dan individu bertanggungjawab untuk membentuk dan menjalankan projek, program atau inisiatif dibawah kerajaan semasa. Syarat, tempoh dan pembiayaan setiap projek akan dimuktamadkan pihak-pihak terbabit dalam dokumen berasingan.
  3. Melindungi nilai dan tradisi bola sepak memandangkan ia bukan hanya aktiviti ekonomi, malah instrumen sosial untuk persefahaman antarabangsa.

7 Bidang Kerjasama Yang Akan Diterokai Oleh FAM Dan JFA

Selain itu juga, infografik tersebut ada menyatakan 7 bidang kerjasama yang akan dijalankan seperti;

  1. Memperkasakan bola sepak wanita.
  2. Pendidikan kejurulatihan.
  3. Pembangunan pengadil.
  4. Perlawanan persahabatan, perkhemahan untuk pasukan belia nasional.
  5. Struktur dan operasi pentandingan belia.
  6. Pembangunan futsal.
  7. Pengkomersilan dan penjanaan untung.

Diharapkan semoga kerjasama kali ini akan membuahkan hasil yang baik dan bukan sekadar agenda kosmetik bola sepak negara. Kita juga sedia maklum bahawa sebelum ini FAM juga telah menandatangani memorandum persefahaman bersama J.League beberapa tahun lalu, namun sehingga kini masih tidak jelas apakah hasil dari kerjasama itu.

Sumber