Saingan Liga Super musim 2019 akan kembali bersambung dimana perlawanan pertama pada bulan Ramadan akan berlangsung pada hari ini dan juga esok. Di sini, kami bawakan kepada anda 5 pemain tumpuan bagi perlawanan Liga Super minggu ke-13.

1. Ronaldo Enrique Silva

Ronaldo Henrique
Sumber Gambar: mStar

Ronaldo tampil dengan cemerlang pada perlawanan pertama beliau apabila menjaringkan dua gol dan membantu Perak mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2019. Prestasi cemerlang beliau bakal ditagih apabila Perak menghadapi PKNP FC.

2. Diogo Luis Santo

Diogo Luis
Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Pada perlawanan terakhir liga menentang Felda United, Diogo berjaya menjaringkan dua gol bagi memastikan Johor Darul Ta’zim kekal menduduki tangga teratas.

3. Indra Putera Mahayuddin

Indra Putra
Sumber Gambar: KL Hawks

Meskipun sudah menjejak usia 38 tahun, namun perkara itu tidak menjadi penghalang untuk ketua pasukan Kuala Lumpur ini menampilkan aksi cemerlang. Indra menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Super sejak dilancarkan pada 2004 dengan jumlah jaringan sebanyak 101 jaringan.

4. Jonathan Bauman

Jonathan Bauman
Sumber Gambar: Kedah FA

Bauman menjadi nadi utama di bahagian serangan pasukan Kedah dimana gandingan beliau dan Fernando Rodriguez telah menghasilkan 10 jaringan setakat ini.

5. Ifedayo Olesegun

Ifedayo Olesegun
Sumber Gambar: MFL

Ifedayo dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua bagi menggantikan Rufino Segovia yang mengalami kecederaan. Beliau dijangka diturunkan apabila Selangor menerima kunjungan Kedah pada Rabu.

Itulah dia 5 pemain tumpuan bagi perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-13. Kelima-lima pemain bakal memainkan peranan penting untuk pasukan masing-masing.