Prestasi pemain import terutamanya pemain dari rantau Asia Tenggara sentiasa menjadi perhatian ramai pihak terutamanya peminat setia pasukan. Di sini, kami senaraikan 5 pemain import Asean yang menampilkan prestasi cemerlang setakat ini.
1. Hariss Harun
Hariss diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan bagi mengharungi musim 2019. Pemain kebangsaan Singapura ini menampilkan prestasi cemerlang dimana beliau mengawal jentera tengah pasukan dengan baik.
2. Shakir Hamzah
Shakir menjadi antara pemain pertahanan import terbaik dalam saingan Liga Super setakat ini apabila beliau berjaya menjaringkan 3 gol dan membantu Kedah menduduki tangga ketiga.
3. Patrick Reichelt
Pemain sayap lincah dari Filipina ini menjadi nadi utama pasukan Melaka United apabila telah menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Super. Dengan catatan ini Reichelt turut menjadi penjaring terbanyak pasukan setakat minggu perlawanan ke-12 liga.
4. Chan Vathanaka
Chan Vathanaka memainkan peranan penting di bahagian serangan pasukan PKNS FC musim ini. Pemain kebangsaan Kemboja ini telah menjaringkan 3 gol dan selalu menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.
5. Saddil Ramdani
Saddil menampilkan prestasi yang baik apabila beliau menjadi pilihan utama bagi membarisi kesebelasan utama pasukan Pahang. Selain itu, Saddil telah menyumbang satu gol dalam saingan Liga bagi skuad Tok Gajah.
Itulah dia 5 pemain import Asean yang menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super setakat ini. Kelima-lima pemain membuktikan bahawa mereka mampu untuk menyinar dalam saingan Liga Malaysia.