Saingan Liga Super musim 2019 telah sampai di penghujungnya apabila perlawanan terakhir Liga telah diadakan pada hujung minggu lalu. Johor Darul Ta’zim, Pahang, Selangor dan Kedah menduduki kelompok empat pasukan terbaik manakala Kuala Lumpur dan PKNP FC tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Di sini, kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan minggu terakhir Liga Super 2019.

1. Sandro Da Silva

Jaringan Sandro daripada luar kotak penalti pada separuh masa pertama berjaya membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super di kelompok empat pasukan terbaik.

2. Jocinei Schad

Sepakan percuma menarik daripada Jocinei memastikan Felda United keluar daripada zon penyingkiran sekaligus kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

3. Lee Tuck

Jaringan Lee Tuck menerusi satu sepakan percuma yang mengelirukan Farizal Marlias pada penghujung separuh masa kedua memastikan Terengganu FC mengelak daripada tewas kepada Johor Darul Ta’zim pada perlawanan terakhir Liga Super.

4. Luka Milunovic

Luka Milunovic menyumbangkan satu gol menerusi sepakan percuma menarik ketika Melaka United menentang pasukan Pahang. Namun, gol beliau tidak cukup untuk mengelakkan Melaka daripada mengalami kekalahan.

5. Gonzalo Cabrera

Cabrera menyumbang satu gol ketika JDT hanya mencatat keputusan seri ketika berdepan Terengganu FC di laman sendiri. Pemain import itu membuat satu larian yang menewaskan empat pemain TFC sebelum meledak jaringan.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu yang terakhir. Apa yang pasti, Liga Super musim ini mempunyai warna serta keindahan yang tersendiri.

Syabas dan juga tahniah diucapkan kepada kepada semua pasukan yang bertanding. Liga Malaysia musim ini akan diteruskan dengan saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.