Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-9 menyaksikan tidak banyak perubahan dalam carta Liga. Johor Darul Ta’zim masih menghuni tangga teratas diikuti dengan pasukan Pahang manakala Kuala Lumpur masih menduduki tangga tercorot diikuti dengan Felda United di tangga ke-11.
Di sini, kami bawakan 5 jaringan terbaik sepanjang perlawanan minggu ke-9 Liga Super musim ini.
1. Syafiq Ahmad
26' | GOL SYAFIQ AHMAD!
Syafiq Ahmad meletakkan JDT dihadapan dengan gol pertama perlawanan selepas menyungkit cantik umpanan Safawi Rasid.
PJ City FC 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PJCJDT pic.twitter.com/QOmOotJSuE
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 13, 2019
Gerakan yang dimulakan oleh Syafiq bermula dari kawasan sendiri ini berjaya memerangkap pertahanan PJ City sekaligus menjadi gol tunggal perlawanan dan memberikan tiga mata untuk JDT.
2. Chan Vathanaka
13' | GOL CHAN VATHANAKA 🇰ðŸ‡!
Tindakan pantas dari Zarif Irfan bijak melihat peluang serangan balas dari PKNS FC seterusnya disudahkan dengan baik oleh Chan Vathanaka untuk gol pertama perlawanan malam ini.@ThePKNSFC 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSPHG pic.twitter.com/92sIaXyi43
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 14, 2019
Serangan balas pantas yang disudahkan oleh Vathanaka pada separuh masa pertama nyata sukar dihalang oleh barisan pertahanan Pahang. Namun, PKNS FC harus akur dimana mereka tewas dengan kepuutusan 2-1.
3. Sandro Da Silva
39'| GOLL SANDRO!
Sandro Da Silva dengan sepakan percuma 'trademark' beliau untuk meletakkan Red Giants kembali setara di Shah Alam. Ini bukanlah kali pertama kita melihatnya kan?@FASelangorMy 1-1 @peraktbgmy #LigaSuper2019#MFLLive#SELPRK pic.twitter.com/nCCJbvciix
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 12, 2019
Gol Sandro menerusi satu sepakan percuma menarik menghadiahkan satu mata untuk pasukan Selangor dan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan terakhir Liga.
4. Fernando Rodriguez
72'| GOLLL RODRIGUEZ!
Gerakan cantik dari pemain-pemain Hijau Kuning disudahkan dengan baik oleh Fernando Rodriguez untuk gol ketiga tuan rumah malam ini!@official_kfa 3-0 @FCTerengganu #LigaSuper2019#MFLLive#KEDTER pic.twitter.com/HZ0fVlGVqi
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 12, 2019
Kombinasi antara Fernando Rodriguez dan Farhan Roslan semakin menjadi dan hasilnya kedua-dua pemain memainkan peranan penting untuk gol ketiga Kedah ketika menerima kunjungan Terengganu FC.
5. Indra Putra Mahayuddin
57' | GOL INDRA PUTRA!
Kedudukan setara di Jengka apabila Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan buat Warga Kota selepas menerima hantaran Azmi Muslim.@feldaunitedfc 1-1 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#FELKL pic.twitter.com/E7F8l0SAAu
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 13, 2019
Jaringan Indra Putra pada separuh masa kedua berjaya memastikan pasukan Kuala Lumpur membawa pulang satu mata dari Jengka.
Itulah dia 5 gol menarik yang dijaringkan pada perlawannan Liga Super 2019 minggu yang ke-9. Perlawanan Liga Malaysia akan disambung pada Selasa dan Rabu apabila saingan Piala FA 2019 memasuki pusingan yang ketiga.