Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-8 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana empat pasukan berjaya mencatat kemenangan, empat pasukan meraih keputusan seri dan empat lagi pasukan mengalami kekalahan.

Di sini, kami tampilkan 5 gol terbaik bagi perlawanan Liga Super 2019 minggu yang ke-8.

1. Jocinei

Sepakan percuma dari jarak 30 meter ini berjaya menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias pada perlawanan yang berlangsung Jumaat lalu. Namun, kelebihan dari segi pemain yang dimiliki JDT memastikan kemenangan milik mereka.

2. Amri Yahyah

Gol yang dijaringkan oleh Amri ini persis seperti jaringan yang dilakukan oleh beliau pada perlawanan pershabatan antara pasukan negara menentang Manchester United pada 2009 lalu.

3. Ze Love

Satu lagi sepakan percuma terpilih dimana kali ini ianya dijaringkan oleh penyerang import Pahang, Ze Love. Malangnya, skuad Tok Gajah gagal untuk merampas semula kedudukan teratas liga setelah hanya mampu mencatat keputusan seri.

4. Darko Markovic

Build up yang dimulakan oleh Safiq Rahim dan disudahkan oleh Darko ini berjaya memberikan gol ketiga untuk pasukan Melaka pada perlawanan menentang Selangor. Tetapi, mereka terpaksa akur apabila tewas dengan keputusan 4-3.

5. Safee Sali

Jaringan pertama Safee untuk Petaling Jaya City FC berjaya membantu pasukannya meraih satu mata ketika bertemu pasukan Pahang.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-8. Jangan lupa saksikan perlawanan Liga Super di aplikasi Iflix dan juga laman web kami.