Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana tiada perubahan ketara di kedudukan teratas dan juga terbawah dimana Johor Darul Ta’zim dan Pahang masih menghuni tangga pertama dan kedua manakala Felda United dan Kuala Lumpur menghuni dua tangga terbawah.
Di sini, kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19.
1. Leandro Velazquez
48' | GOL LEANDRO!
Leandro Velasquez sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' buat Perak apabila rembatan cantik beliau menggandakan kedudukan buat JDT!@peraktbgmy 0-2 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PRKJDT pic.twitter.com/8pthDSvb1w
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 6, 2019
Gol daripada luar kotak penalti oleh Leandro pada separuh masa kedua memastikan Johor Darul Ta’zim mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2019 setakat ini.
2. Sandro Da Silva
44'| GOL SANDRO!
Sandro Da Silva memecah kebuntuan pada malam ini selepas rembatan cantik beliau menewaskan Norazlan Razali untuk memberikan kelebihan buat Selangor!@feldaunitedfc 0-1 @FASelangorMy #LigaSuper2019#MFLLive#FELSEL pic.twitter.com/9fZMwth5GY
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 7, 2019
Rembatan deras Sandro da Silva pada separuh masa pertama berjaya menewaskan Norazlan Razali sekaligus mengekalkan rentak kemenangan pasukan Selangor. Kini Red Giants menghuni tangga ketiga dalam carta Liga.
3. Azam Azih
90+4'| GOL AZAM AZIH!
Azam Azih memastikan Pahang meraih mata penuh malam ini selepas rembatan terakhir beliau pada malam ini menghasilkan gol kedua Tok Gajah!@OfficialPahang 2-0 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#PHGKL pic.twitter.com/DIYdTJisqJ
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 6, 2019
Jaringan Nor Azam pada separuh masa kedua memastikan pasukan Pahang kekal menghuni tangga kedua dengan kelebihan dua mata dihadapan pasukan Selangor.
4. Kittiphong Pluemjai
84'| GOL KITTIPHONG!
PKNS menyamakan kedudukan di Shah Alam selepas Kittiphong Pluemjai meledak gol pertama beliau musim ini melalui sentuhan pertamanya dalam perlawanan ini!@ThePKNSFC 1-1 @FCTerengganu #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSTER pic.twitter.com/2MB8Yo4aGY
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 5, 2019
Kittiphong berjaya menjaringkan gol pertama bagi PKNS FC dalam saingan Liga Super musim ini. Namun, gol beliau tidak cukup bagi mengelakkan PKNS mengalami kekalahan di tangan Terengganu FC.
5. Jocinei Schad
63'| GOL JOCINEI!
Jocinei Schad melakukan kawalan baik sebelum melepaskan rembatan cantik untuk merapatkan jurang buat The Fighters!@feldaunitedfc 1-2 @FASelangorMy #LigaSuper2019#MFLLive#FELSEL pic.twitter.com/4rGGmRXsmc
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 7, 2019
Larian solo yang kemudiannya disudahkan dengan jaringan oleh Jocinei pada separuh masa kedua gagal membantu Felda United untuk sekarang-kurangnya meraih satu mata ketika berdepan Selangor. Kini Felda menghuni tangga tercorot dengan kutipan 22 mata, dibezakan dua mata dengan pasukan Kuala Lumpur yang kini menghuni tangga ke-11.
Itulah 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19. Perlumbaan bagi Anugerah Kasut Emas masih lagi terbuka dan pemain perlu menampilkan permainan terbaik mereka bagi memenangi anugerah tersebut.