Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim semakin selesa berada di puncak setelah menewaskan Kedah dengan keputusan 2-0.
Melaka United kini berada di kelompok empat pasukan teratas manakala PKNS FC dan Kuala Lumpur kembali mencatat kemenangan.
Di sini, kami rangkumkan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15.
1. Leandro Velazquez
33'| GOL LEANDRO!
Leandro Velasquez melepaskan rembatan cantik untuk menewaskan Ifwat bagi meletakkan JDT satu gol dihadapan ketika ini!@OfficialJohor 1-0 @official_kfa #LigaSuper2019#MFLLive#JDTKED pic.twitter.com/bxSICJ2JVo
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 26, 2019
Curling gol daripada Leandro membantu JDT menewaskan Kedah sekaligus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga.
2. Kpah Sherman
72'| GOL KPAH SHERMAN!
Hantaran lintang dari Shahrom Kalam disambut baik oleh rembatan Kpah Sherman untuk memberikan kelebihan 3 gol buat PKNS di Shah Alam ketika ini!@ThePKNSFC 3-0 PJ City FC#LigaSuper2019#MFLLive#PKNSPJC pic.twitter.com/YWpYj1O6dN
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 25, 2019
Rembatan volley Kpah pada separuh masa kedua membantu PKNS FC kembali mencatat kemenangan.
3. J.Partiban
57'| GOL PARTIBAN!
J.Partiban mengambil kesempatan dari bola muntah Khairul Fahmi Che Mat untuk menjaringkan gol bagi mengikat kedudukan di Ipoh ketika ini!@peraktbgmy 2-2 @MelakaUnitedSA #LigaSuper2019#MFLLive#PRKMEL pic.twitter.com/QWlrRHJ367
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 25, 2019
Gol J.Partiban pada separuh masa kedua ini gagal untuk mengelakkan Perak daripada mengalami kekalahan.
4. Nazrin Nawi
23'| GOL NAZRIN NAWI!
Reaksi pantas dari Melaka apabila sepakan percuma baik dari Nazrin Nawi terus menerjah jaring untuk menewaskan Khairul Amri. Melaka menyamakan kedudukan!@peraktbgmy 1-1 @MelakaUnitedSA #LigaSuper2019#MFLLive#PRKMEL pic.twitter.com/BIq3PmmaX7
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 25, 2019
Gol menerusi sepakan percuma daripada Nazrin memastikan Melaka memintas pasukan Selangor dan menduduki tangga keempat Liga.
5. Brendan Gan
18'| GOL BRENDAN GAN!
Set-up baik dari Careca disudahkan dengan rembatan leret yang padu dan deras dari Brendan Gan untuk meletakkan Perak dihadapan di Ipoh!
Terkoyak jaring Yob! 🚀🔥⚽️@peraktbgmy 1-0 @MelakaUnitedSA #LigaSuper2019#MFLLive#PRKMEL pic.twitter.com/nBe1nY63mz
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 25, 2019
Jaringan Brendan yang mengoyakkan jaring gol Khairul Fahmi tidak cukup untuk memberikan Perak sekurang-kurangnya satu mata.
Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15. JDT semakin hampir untuk meraih kejuaraan keenam dimana mereka kini berada di hadapan pasukan Pahang dengan kelebihan 13 mata.