Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-12 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana menyaksikan Johor Darul Ta’zim semakin mengukuhkan cengkaman di tangga teratas apabila Pahang tewas kepada Petaling Jaya City FC. Pasukan Kedah pula memintas Selangor di tangga ke-3 setelah Red Giants hanya mampu seri ketika bertemu Melaka United.
Di kelompok pertengahan dan juga bawahan, tidak banyak perubahan yang berlaku. Di sini, kami bawakan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super minggu ke-12.
1. Sanjar Shaakhmedov
68'| GOL BERKELAS DUNIA SANJAR SHAAKHMEDOV!!
Pesta gol di Manjung! Sanjar Shaakhmedov menjaringkan gol yang cukup menakjubkan dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan buat pasukan Terengganu!@pknp_fc 2-2 @FCTerengganu #LigaSuper2019#PKNPTER#MFLLive pic.twitter.com/nTXhfI5MZy
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 4, 2019
Rembatan dari jarak jauh yang dilakukan oleh Sanjar pada separuh masa kedua memastikan pasukannya membawa pulang satu mata dari Manjung.
2. Diogo Luis Santo
61'| GOL DIOGO!
Johor Darul Ta'zim berjaya menggandakan kelebihan mereka di Jengka selepas Diogo meledak buat kali kedua! Gol ketujuh peribadi beliau di pentas Liga Super Malaysia musim ini!@feldaunitedfc 0-2 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#FELJDT pic.twitter.com/DXufHrw15L
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 4, 2019
Diogo sekali lagi menjadi wira JDT apabila beliau menjaringkan dua gol bagi memastikan Southern Tigers terus mengekalkan kedudukan di tangga teratas.
3. Kipre Tchetche
30'| GOL KIPRE!
Tchetche Kipre meneruskan rentak jaringan beliau musim ini apabila sepakan percuma deras dan padu terus menerjah jaring untuk menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat!@pknp_fc 1-1 @FCTerengganu #LigaSuper2019#MFLLive#PKNPTER pic.twitter.com/EEH8ZQ6luI
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 4, 2019
Kipre meneruskan rentak jaringan beliau apabila menyempurnakan satu sepakan percuma pada separuh masa pertama. Namun, gol beliau tidak cukup untuk membantu TFC pulang dengan tiga mata.
4. Kpah Sherman
52'| GOL KPAH!
Tidak sampai 3 minit Perak menjaringan gol, PKNS FC kembali memberi reaksi pantas dengan rembatan Kpah Sherman yang terbias Zac Anderson terus menerjah jaring Hafizul Hakim!@ThePKNSFC 3-2 @peraktbgmy #LigaSuper2019#MFLLive#PKNSPRK pic.twitter.com/vvjKttLU49
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Kpah berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut. Akan tetapi dua jaringan beliau tidak cukup untuk memastikan PKNS FC membenam Perak.
5. Shakir Hamzah
41'| GOL SHAKIR!
Serangan balas yang dimulakan oleh Shakir Hamzah disudahkan kembali oleh beliau!'End to end' komitmen dari pertahanan Singapura tersebut!💯@official_kfa 2-0 @kualalumpurfa #LigaSuper2019#MFLLive#KEDKL pic.twitter.com/xIHupxPyUC
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 3, 2019
Pemain kebangsaan Singapura ini berjaya menyudahkan gerakan serangan balas ketika Kedah membelasah pasukan Kuala Lumpur dengan keputusan 5-2.
Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super minggu ke-12. Liga Super akan bersambung semula pada 14 dan 15 Mei ini.