Graduan yang dilahirkan oleh Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) terbukti laris di pasaran apabila kesemua 44 pelatih ‘batch ke-3’ telah berjaya mengikat kontrak dengan 5 pasukan Liga Super pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka telah pun memulakan latihan bersama kelab-kelab bola sepak profesional di Malaysia sejak awal Januari yang lalu.

Daripada jumlah keseluruhan pelatih generasi ketiga AMD itu, 20 pemain telah menyertai pasukan Selangor FC manakala 10 pemain lagi bersama pasukan Sri Pahang FC. Manakala baki pemain menyertai Johor Darul Ta’zim (6 orang), Kuala Lumpur City FC (4 orang) dan Terengganu FC (4 orang).

“Pihak AMD dan NFDP sangat bangga dengan setiap pencapaian yang ditunjukan dan akan sentiasa memantau perkembangan setiap graduan AMD bagi memastikan mereka terus bersaing dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa.

“Semoga kesemua graduan AMD akan terus berjaya dan diberikan peluang yang seluasnya bagi membantu menaikan nama negara dalam areana bola sepak,” tulis kenyataan rasmi di laman sosial AMD.

Sebagai rekod, keseluruhan graduan AMD setakat 8 Januari 2021 adalah seramai 118 orang yang mewakili 34 orang bagi batch pertama, 40 orang bagi batch kedua dan 44 orang bagi batch ketiga. Kesemua graduan ini telah bersama kelab bola sepak profesional selepas bergraduasi dari AMD.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus membukitkan produk AMD di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) masih memberi impak yang besar dan sering mendapat perhatian pasukan gergasi tempatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Akademi Mokhtar Dahari melalui pautan dibawah.

Kafeteria Akademi Mokhtar Dahari Dinaik Taraf, Pemain Diberikan Makanan Berkhasiat Dan Tinggi Nutrisi

Pelatih Akademi Mokhtar Dahari Catat Kejayaan Cemerlang Dalam SPM 2020

Akademi Mokhtar Dahari Diberikan Penarafan 2 Bintang Oleh AFC