Persekutuan Bola Sepak Republik Iran (FFIRI) baru-baru ini dilaporkan telah menerima surat rasmi daripada 4 kelab Liga Profesional Iran (IPL) untuk membatalkan saingan liga pada musim ini susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengugut akan menarik diri jika badan induk itu tetap berkeras menyambungkan semula liga tersebut.

Isu ini yang bermula sejak bulan lepas masih belum selesai sehingga kini dan penjaga gol skuad kebangsaan Iran dan Persepolis, Alireza Beiranvand percaya tindakan kelab itu mahu saingan liga berakhir tanpa mana-mana pasukan bergelar juara.

“Sayangnya, terdapat beberapa orang merancang untuk mengisytiharkan liga dibatalkan,” kata Beiranvend dalam Tehran Times.

“Saya rasa mereka akan turut mengugut untuk keluar daripada liga. Namun, saya yakin jumlah pasukan akan meningkat sehingga 10 pasukan.

“Sebelum musim baru bermula lagi banyak kakitangan dan pemain pasukan ini diuji positif untuk coronavirus. Maka akan ada keadaan bahawa tidak ada masa untuk mengasingkan pasukan dan kakitangan mereka dan akibatnya mereka memaksa liga dibatalkan sepenuhnya,” tambah penjaga gol yang berusia 27 tahun itu.

Organisasi badan pengendali liga Iran pada minggu lalu mengumumkan saingan IPL akan kembali bersambung pada 18 Jun ini.

Pengurusi IPL, Soheil Mahdi mengatakan jika 5 pemain dalam pasukan disahkan positif COVID-19, perlawanan akan dibatalkan.

“Jika 5 atau lebih pemain dalam pasukan disahkan positif, perlawanan yang melibatkan pasukan ini akan ditunda tetapi mereka masih dibenarkan berlatih dengan syarat mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Terdapat beberapa kelab sudah mulakan sesi latihan mereka sebelum ini. Mulai esok, tiada mana-mana kelab dibenarkan berlatih tanpa pengawasan daripada pegawai kesihatan dan wakil kerajaan,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Gaji Tidak Dibayar, Bekas Pengendali Iran Buat Aduan Rasmi Kepada FIFA

FA Thailand Sasar Kedudukan Top 100 FIFA Ranking Jika Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Sudah Tiga Bulan Liga Indonesia Ditangguhkan, Stadium PSM Makassar Berubah Jadi Kebun Sayur