Meskipun berjaya melayakkan diri ke temasya AFC B-23 Tahun di Qatar tahun hadapan, namun pengendali skuad B-23 Tahun negara, E.Elavarasan tidak lari daripada mendapat kritikan dari peminat bola sepak tanah air.

Artikel Berkaitan:

Pasukan negara mencatat dua kemenangan ke atas Bangladesh dan Filipina namun tewas kepada Thailand pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan kelayakan sekaligus meletakkan skuad Harimau Muda dalam kedudukan empat pasukan terbaik untuk layak ke pusingan akhir.

Malaysia memiliki kelebihan dari segi jumlah gol untuk kekal berada di tangga keempat dari segi kedudukan tempat kedua terbaik kumpulan di belakang China, Kuwait dan Iran.

Kedudukan antara Iran dan Malaysia terikat kerana memiliki jumlah mata dan perbezaan gol yang sama iaitu +3 sekaligus membawa kepada penentuan rekod disiplin.

Namun, tuah memihak kepada Malaysia apabila mempunyai rekod disiplin yang lebih baik -4 mengatasi Iran iaitu -9. Ini adalah rekod pengumpulan kad kuning/merah daripada kedua-dua pasukan.

Sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menggantikan E.Elavasaran, berikut adalah empat jurulatih yang berpotensi bagi mengisi jawatan sebagai pengendali skuad B-23 Tahun negara.

1. Juan Torres Garrido

E.Elavarasan
Juan Torres Garrido

Juan Torres merupakan pembantu kepada Elavarasan dan beliau dilihat mampu untuk menggalas tugas sebagai jurulatih kerana mempunyai pengalaman luas bersama pemain muda semasa berada di Eropah. Juan mempunyai lesen kejurulatihan Lesen A UEFA dan pernah berkhidmat bersama FC Barcelona dengan berperanan sebagai ketua pencari bakat bagi wilayah Catalunya.

Jawatan terakhirnya sebelum datang ke Malaysia adalah ketua bola sepak remaja profesional B-23 (head of professional youth football U23) bersama Granada CF.

2. Hairuddin Omar

Hairuddin Omar
Sumber Gambar: Terengganu

Hairuddin merupakan salah satu jurulatih muda terbaik dalam negara ketika ini dimana beliau diberi tanggungjawab untuk membimbing skuad muda Terengganu dalam saingan Piala MFL musim ini. Selain itu, Hairuddin pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak ketika mengendalikan skuad B-19 Tahun negara.

3. Pau Marti Vicente

Skuad B-23 Tahun
Sumber Gambar: FAM

Sama seperti Juan Torres, Pau Marti juga mempunyai pengalaman luas di peringkat pembangunan bersama akademi terkenal milik Barcelona FC, iaitu La Masia.

Penolong kepada Kim Pan-gon ini juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal dan Pengurusan Sukan Sekolah Sukan Barcelona (ESCOLA). Beliau kemudiannya diberikan kepercayaan untuk mengendalikan skuad remaja (feeder club) Kitchee FC pada 2011.

4. Nafuzi Zain

E.Elavasaran
Kredit Foto: Kedah Darul Aman FC

Nafuzi memang tidak mempunyai pengalaman bersama skuad kebangsaan, namun beliau mempunyai falsafah bola sepak dan juga corak permainan yang dianggap terbaik dalam negara ketika ini.

Nafuzi juga biasa bekerja dengan pemain muda dalam kariernya dan FAM boleh meletakkan beliau dalam senarai pendek sekiranya mahu menggantikan E.Elavarasan.