2 hari selepas menikmati kemanisan menumpaskan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, sedikit pun tidak membuatkan keterujaan penyokong Malaysia surut.
Disebelah mereka pula, luka makin parah apabila menemui jejak tinggalan Ultras Malaya dikawasan tempat duduk pelawat yang membuatkan mereka makin tidak keruan.
Dalam satu video yang dimuat naik sebentar tadi, memperlihatkan pelbagai sticker komrad yang bertandang ke GBK tertampal rapi pada palang besi kawasan Ultras Malaya.
Berdasarkan video itu, dianggarkan sebanyak ‘22 Jenis Buah Tangan’ diberikan kepada seluruh penyokong bola sepak Indonesia sebagai tanda penghargaan dan kenangan untuk kekal dalam ingatan sampai bila-bila.
Saksikan video dibawah dan pastinya kita akan tersenyum bangga.
‘22 Buah Tangan’ Ultras Malaya Mewarnai Gelora Bung Karno untuk tatapan.
Luka berdarah. pic.twitter.com/LxCKVdz6se
— VOCKET FC (@vocketfc) September 7, 2019
Beberapa artikel menarik lain berkaitan perlawanan Malaysia bertemu Indonesia yang sedap dibaca.
Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan
Pihak Keselamatan GBK Gagal, Jaminan PSSI Tidak Boleh Digunapakai
Saksikan Bagaimana Penyokong Indonesia Membaling Air Kencing Ke Arah Penyokong Malaysia