Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Alexandré Pölking memberikan amaran kepada pasukan lain setelah pasukannya membelasan Brunei pada aksi pembukaan kumpulan A saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 baru-baru ini.
Baca Juga:
- Polking: Kalau Kami Bermain Baik 90 Minit, Situasi Akan Berbeza
- Piala AFF 2022: Thailand Mahu Jumpa Harimau Malaya Di Separuh Akhir
- Piala AFF 2022: Kim Pan-gon Tak Hirau Rekod Buruk Beraksi Di Myanmar
Thailand membelasah Brunei dengan keputusan 5-0 sekaligus bermula dengan langkah kanan dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2020 lalu.
Kemenangan besar itu nyata melegakan Polking dimana beliau yakin dengan kemampuan pasukannya dan memberikan amaran kepada pasukan lain tentang bagaimana kekuatan yang dimiliki oleh skuad Gajah Perang itu.
🎦 #BRUvTHA 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧𝗦
🇧🇳 Brunei DS 0️⃣-5⃣ Thailand 🇹🇭
A ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ performance by @Changsuek_TH ✅
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/sjgU1eSHhJ— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 20, 2022
“Saya gembira dengan prestasi pasukan. Kita tahu perlawanan pertama adalah sukar dan kami berjaya muncul sebagai pemenang dengan keputusan besar. Kami juag mencipta banyak peluang pada perlawanan ini selain menguasai permainan.
“Sekarang kita perlu fokus untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Jadi bersiap sedialah,” kata Alexandré Pölking.
Selain itu, Polking juga bangga kerana anak buahnya mampu untuk mencipta sebanyak 30 peluang dalam satu permainan, satu perkara yang perlu diberikan oleh pasukan lain dalam saingan edisi kali in.
“Saya tak bersetuju dengan tuduhan yang kami bermain sedikit perlahan hari ini (semalam). Lihat saja kami mencipta 30 peluang pada perlawanan menentang Brunei. Ini menunjukkan kami mampu untuk menjaringkan gol,” tambahnya.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala lumpur (KLFA), Bordin Phala membuka tirai jaringan pada minit ke-19 disusuli dengan Teerasil Dangda pada minit ke-44.
Memasuki separuh kedua, Thailand menambah tiga lagi jaringan menerusi gol sendiri pemain Brunei, Awangku Yura Indera Putera pada minit ke-80 dan dua lagi gol dari Peeradon Chamratsamee.
Pada perlawanan seterusnya, Thailand akan turun menentang Filipina yang tewas pada perlawanan pertama menentang Kemboja dengan keputusan 3-2 di Staium Thammasat pada 26 Disember ini.