Lagenda skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda berminat untuk membantu negara Asia yang mahu layak ke temasya Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Artikel Berkaitan:

Honda berkata demikian setelah beliau berpisah dengan skuad kebangsaan Kemboja selepas lima tahun mengendalikan pasukan itu dimana Kemboja gagal untuk meraih sebarang pingat dalam temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung di negara sendiri.

Honda kemudiannya menawarkan khidmat sebagai jurulatih dimana beliau mensasarkan untuk menjadi jurulatih di negara seperti Oman, New Zealand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand selain negara Asia lain yang mungkin mahu menggunakan khidmatnya.

Dalam tempoh empat setengah tahun mengendalikan Kemboja, pasukan itu telah bertukar daripada pasukan yang kurang mendapat perhatian, bermain bola sepak di bawah purata kepada pasukan yang mencabar dan dibarisi dengan pemain muda berbakat. Ini semua hasil daripada kepercayaan dan kepintaran daripada bekas pemain yang mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi seperti Keisuke Honda.

New Zealand dilihat sebagai calon yang sesuai untuk mendapatkan khidmat Honda dimana pasukan itu sehingga artikel ini ditulis belum mempunyai ketua jurulatih.

Kali terakhir New Zealand layak ke temasya Piala Dunia ialah pada edisi 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan pasukan itu hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Meskipun hanya menguruskan pasukan kecil seperti Kemboja sepanjang sejarah beliau menjadi pengendali, namun itu tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur tentang kemampuan bekas pemain AC Milan dan CSKA Moscow itu.