Cristiano Ronaldo masih berpeluang bermain di Liga Juara Juara Eropah ataupun UCL pada musim musim akan datang selepas Liga Arab Saudi cuba mendapatkan hak untuk bermain di dalam pertandingan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ronaldo yang beraksi bersama Al Nassr digelar Mr. Champions League kerana dia memiliki rekod luar biasa dalam pertandingan tersebut.

Jika cadangan itu diterima oleh UEFA, nama nama lain yang turut berpeluang merasai aksi di UCL semula termasuk Karim Benzema, Neymar, Sadio Mane, Roberto Firmino, Fabinho, N’Golo Kante, Jordan Henderson, dan Riyad Mahrez. Mereka semua pernah menjulang trofi tersebut.

Portal berita Itali, Corriere dello Sport, melaporkan bahawa, pada masa ini beberapa pegawai tertinggi dalam Liga Bola Sepak Arab Saudi sedang menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan kepada UEFA.

Cadangan tersebut menyatakan, juara Liga Arab Saudi akan dibenarkan beraksi dalam UCL pada musim hadapan sebagai pasukan jemputan.

Hal ini kerana bermula musim 2024/25, format UCL akan berubah daripada 32 pasukan kepada 36 pasukan.

Sistem peringkat kumpulan juga akan diubah sepenuhnya.

Di pasukan pasukan yang bertanding akan beraksi dalam satu liga yang besar. Dan tak semua pasukan akan bertemu sesama sendiri.

Pasukan yang berada di 8 teratas pada kedudukan terakhir peringkat kumpulan akan mara ke pusingan 16 akhir secara automatik. Sementar 8 lagi tempat akan ditentukan dalam aksi play-off dengan format timbal balik.

Jika UEFA menerima cadangan dari Arab Saudi ini, peminat bola sepak akan berpeluang untuk menyaksikan pemain seperti Cristiano Ronaldo, Benzema atau Neymar kembali beraksi di UCL.

Beberapa minggu lalu, Ronaldo menyatakan bahawa dia buat masa ini tidak terfikir akan kembali bermain di Eropah kerana dia kecewa dengan UEFA yang dianggap teruk dalam pengurusan bola sepak.